Bangun awal pagi dgn perasaan teruja.Menanti jam 10 pagi sepertimana aku berjanji semalam.Sempat bersarapan pagi dgn anak dan isteri.Terserempak dengan jiran lama semasa menetap di Saujana Rawang.Hmm, sempat berbual sebentar,banyak input yang aku bualkan.Hmm aku ambil iktibar dari permasalahan yang berlaku.Normal la ,kat mana2 ada masalah dalam masyarakat setempat.Orang kuat politik dan aku menyampah dengan orang yang kuat sangat berpolitik..lantak kau nak kata apa kat aku.Ini sesuatu yang aku cuba elakkan sekarang.Kerana aku ada hala tuju baru dalam memajukan diri aku.Hmm tak lain tak bukan, menceburkan diri aku dalam bidang Hartanah.InsyaAllah buat permulaan ni aku dah nampak perubahannya.
Rancangan aku pagi ni nak juga pergi ke office walau aku dah lewat dari biasa.Sejak akhir-akhir ni memang aku sibuk sangat disebabkan project offshore yang aku buat di Perth Australia tue dah sampai ke penghujungnya.Alhamdulilah aku join dari penghujung FEED lagi dan sekarang dah nak habis.Sangat sibuk sehingga aku balik hampir setiap hari pukul 10 malam.Dah nak akhir-akhir ni ,aku diletakan dalam Team GRE piping,sangat-sangat mencabar kerana pipe-pipe lain telah mengambil semua ruang yang aku perlukan untuk process aku.Tapi alhamdulilah , cabaran tersebut dapat aku tempuh dengan jayanya setakat ini..Hehe hari ni aku juga sekejap tadi ke office..coz semalam aku cancel selepas balik dari sign S&P rumah baru aku.Hehe kemalasan menghantui diri aku semalam.Hari ni aku buat 7 jam +2 jam hari khamis so aku dah ada 9 jam.Ok la dari lepak2 dapat juga 4 ke 5 ratus seminggu campur hari bekerja biasa sikit.Rezeki anak2 dan rezeki aku jugak laaa.Alhamdulilah yaALLAH.
Sebelum pergi sign surat lawyer tu sempat pergi car wash cuci buah hati aku si WSK,lama dah tak cuci.Dulu masa aku duduk flat aku pernah cakap dengan ummi. Bila aku dah duduk rumah landed aku nak cuci kereta depan umah la bagaiii..tapiiii, bila aku duduk Saujana dulu harammm, sekali dua jer dalam masa setahun aku cuci kat umah yang lebihnya aku cuci kat carwash jugak.Pemalas ker aku?
Takkk,bukan aku malas..hehe tapi jimat masa..coz aku kalau cuci kete tak cukup sejam..paling kurang 2 jam.Hantar car wash 20 min siap.
Nanti aku akan duduk landed balik,tapi alhamdulilah rumah baru ni besar sikit dari umah lama.Ukuran 20 x 65, nak bandingkan rumah lama 16 x 55..masuk kete sebuah jer boleh..pas tu bonet belakang WSK aku kalau nak bukak kena bukak gate hmmm aper ceriter..! alhamdulilah ini semua aku hanya rancang..yang menentukannya Allah jua.
Berbalik dgn SNP aku tue aku janji dgn lawyer pukul 10,tapi bila aku pergi sana lawyer tu aku tak nampak.Pas tu bila aku pusing belakang office aku jumpa lawyer tu kat belakang office huhu..But office Showroom tue tak bukak lagi kononnya aku nak cepat,nak ke office la katakan.So kitaorang amik keputusan sign dekat taman belakang office/showroom tue.Hehe layannn..but lawyer ni friendly la beb,selalu SNP aku sign dgn pekerja Lawyer,but kali ni Tuan Punya LAWYER FIRM tue dtg jumpa aku..haaa baru tau! hehe x der per la pun.Kebetulan kata dia dia nak jumpa org kat area rumah aku tu.
Hari jumaat aku dah sign offer dari Bank Muamalat,so loan dan SNP dah selesai.Aku abaikan 2 lagi loan yang juga lulus tapi dari 2 bank lain iaitu BSN dan RHB.Buat pengetahuan korang untuk loan rumah aku kali ni ambil masa agak lama,coz bank begitu teliti dengan semua komitmen aku.Ini rumah ke 3 katanya.Yuppp ada masalah ker? since aku punya CRIS tak ader problem aku rase tak der problem jugak untuk diaorang luluskan permohonan aku, cuma Bank sekarang memang tegas betul dalam bab2 nak kasi pinjam ni.Ni semua selepas arahan dari BANK NEGARA awal tahun 2012 lepas.Nasib baik walau aku ni banyak komitment ( 11 komitment) tapi dlm record bank negara aku masih berjaya megekalkan '0' dlm semua urusan aku dengan pemiutang,Alhamdulilah..Buat pengetahuan korang ,korang leh check korang punya record kewangan di Bank Negara dgn hanya menggunakan MYKAD korang jer.Aku memang setiap 6 bulan aku check.Pertama ,untuk pastikan semua urusan hutang aku tiada tunggakan. Kedua Jika ada sesapa cuba menggunakan apa2 document aku untuk loan dan pelbagai aku dpt pantau awal.Be safe der...!
Panjang cerita korang mesti tertanya-tanya kat mana lokasi rumah baru aku kan? hehe tunggu next entry.sabooo coz aku kena explain detail kenapa dan mengapa aku memilih property ini.
masa sign OL Bank Muamalat..TQ banker ..susah payah datang..:-)
terbaik setakat ni..rumah pertama -1.00 ke 2 -1.60 dan yang ni terbaik sekali -2.20.
lawyer S&P kali ni..hope x mengecewakan servicenyer.
aku tengah meneliti apa2 yang patut.
tgh dok bincang ,aku nak make sure aku x akan dikenakan penalti seperti mana rumah pertama.
rumah kedua aku ok jer bila aku berurusan dengan lawyer cina..itu yang aku kasikk TERANGGG sikit..
anak aku abang ngah happy giler,coz dia akan duduk rumah baru lagi hehehe...











































