Tuesday, November 29, 2011

Anda Di mata Orang Lain

-Anda di mata orang lain-

Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”


Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,

“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.

Thursday, November 24, 2011

Pic By MyKhalish

Hmm,dah baper bulan dah raya tahun nih berlalu ..masa raya tahun ni aku dpt baby baru..huhu dan masa raya tu la jugak aku jumpa kawan baik aku masa aku duk segamat dulu..si shahril..mamat nih memang kreatif koje pun bidang2 tu la jugak,kire dia jugak pencetus idea aku nak ada blog tuk famili aku seniri haha..walau tak sekreatif member aku nih at least aku ada laa blog sendiri.aku usaha seniri tau bt blog nih..try and error.. http://www.mykhalish.com/ .ce cube click kat link yg aku bg nih..mesti korang suke..;-)..

Ha ,masa dia dtg raya tue ade le dia menyenap gambar aku dgn anak2 aku..ye lah shahril nih koje grapik designer (aku Piping Designer..wowo jauh la bezanyer tue) dlm masa sama shahril nih cameraman la jugak..so kamera dia memang ribu riban so kalau dah mahal mestila cantik picnyer..x mcm kamera aku rege 3 ke 4 ratus jer..jadik lerr asal ada camera utk aku amik gambar anak2 aku.

Dah lama raya abis, aku pun da lupa baru2 nih wife aku bukak email then baru la nampak pic yg shahril nih amik masa raya haritue..haha lama tul bini aku nih x bukak email..memang dia spesis mcm tue nak wat camner..so korang leh la tgk pic nyer kat bawah nih..gambar nih lokasinya kat umah bapak mertua gue,kat Kampung Melayu Raya Segamat ..Terima kasih shahril...:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails

Click If You Support..TQ