Saturday, September 24, 2011

Demam...Raya...Kerja...

Abg ngah demam jummat lepas..selsema.Yang sedey nuriy pun dpt selsema..hmm semalm aku bawak pi klinik..sblm tu aku dah bagi abg ngah telan bruffen yg dah memang aku standby kat dlm peti sejuk.alhamdulilah pagi sabtu abg ngah dah beransur baik.
Nak pergi kerja cancell..duk rumah seharian melayan kerenah anak2.Pagi2 jiran kitaorg depan rumah (kak intan) dgn anak dia dtg tgk nuriy..hmm terima kasih coz sudi dtg..kita org hargai sgt dgn jiran yang mcm nih..petang pulak faizul (jiran depan rumah jugak) dtg rumah sekeluarga...ye laa anak jiran aku ni si ainur pernah ummi jadi pengasuhnya..so kitaorg memang dah close dgn family faizul nih,mekasih bebanyak.
Alahamdulilah,malam tadi kitaorg pi raya umah faizul haha ini lah rumah first yang kita org raya kat Taman nih..hehe disebabkan kesibukan aku pada kerja...apa nak buekk..koje den tengah banyak..Terima kasih kat faizul siap goreng mee lagik tuh..hehe mekasih bebanyak.Tu la citer raya korang..x baper meriah sederhana jekk utk tahun nih.
Kerja ?? hmm keje aku memang tgh banyak sekarang nih..tak tau laa..layan jer laa.Rezeki anak2...

Tuesday, September 13, 2011

Eid 2011...Raya Bertiga...

Hmm,dah pertengahan raya baru aku nak tulis ttg raya aku.
'SEJARAH' itu yg aku leh ckp utk raya thn nih,aku dikurniakan Allah Tuan Yang punya dunia seorang hambanya yg diamanahkan kepada aku dan ummi sehari sebelum raya.
Happy sgt sehingga mengalir airmata..saat ummi melahirkan nuriy nazihah pada saat semua org sibuk nak sambut raya dan aku bersama ummi di labour room menyambut bayi kami.itulah sejarah..amanah,tanggungjawab bt aku.
Pagi satu syawal aku rase sgt sayu ummi x der disisi ,aku sibuk menyiapkan abg ngah dan along..aku ke masjid dgn abg ngah.Sedih tgk along sorang2 kat umah mase tu,org semua ada mak ayah along duduk jer sorang2 tunggu aku balik sembahyang.Raya kali ni kami bertiga..memang sedey and touching sgt waktu tuh,kepala otak aku dok fikir ummi yg dok spital dgn baby.
Lepas selesai bersalam2 dgn mak pak mentua dan sedara semua, aku terus bwk abg ngah dgn along pi ziarah ummi.Hmm terharu aku pagi 1 syawal kali nih kami telah pun berlima.Gembira sesangat itu perasaan aku pada waktu tu.
Cerita bab raya,raya kali nih aku x ke mana2 pun beraya dgn baby jer..seminggu berlalu aku tinggalkan anak2 dan isteri balik kl, kena keje laaa apa lagi.Sedey tul aku kali nih.Hmm 2 minggu rase aku cam 2 tahun..aku rase tertekan coz aku terlalu rindu kat anak2 dan isteri..baru aku terfikir dan tersedar aku nih memang terlalu syg kat family aku..coz saat2 mcm nih biasanya kita tersedar.Tak tau la korang...bagi aku aku memang terasa betapa bestnya ummi ada kat umah dgn anak2.
Tinggal lagi 2 hari jer aku akan balik bertemu org2 yang membahagiakan aku iaitu 'family' aku..:-)

'Tahun ni baju raya kita orang warna purple..semua beli jek ummi x dpt jahit coz mengandung...x larat'

Teh Herba Orang Kampung...Aku nak kurus..!

Aku beli teh herba nih masa beli pil bersalin untuk ummi masa kat kampung.Sebab apa aku beli? hmm sebab aku nak kurus balik la mcm masa aku bujang haha.Ye la aku rase berat badan aku semakin berat dan aku semakin x selesa dgn bdn aku sendiri.

Cammaner la ek org yg badan besar2 tuh..?? cer korang bayangkan daging2 lebih yang mengelembirrr hehehe korang gelakk laa..kalau korang dan aku sendiri x jaga badan korang dgn aku2 sekali pun leh jadi mcm tu.

Moral; kita kena jaga berat badan kita.Sebab byk perkara boleh berhubungkait dgn berat badan yg berlebihan nih.Kesihatan adalah sesuatu yang paling berharga selain harta benda ,wang ringgit yang kita cari.

Hari nih dah 3 hari berturut aku minum teh nih.InsyaAllah aku akan berusaha sampai berjaya...x mau kecoh2 doakan aku berjaya.Memang mula2 minum nih masak laaa asyik jumpa 'Mr.Tan...' hehe..takper la sabo kan jek..Dulu aku pernah minum tapi hangat2 taik kucing..Huh..kali nih aku akan cuba mantain sampai berjaya..biar lambat sekalipun aku akan cuba.Oyeahhhh.. :-)

Monday, September 12, 2011

Aqiqah Nuriy Nazihah 16 September 2011

InsyaAllah jika tiada aral melintang majlis aqiqah nuriy nazihah akan dibuat pada 16 hb nanti..hari ni dah 13 so lagi 3 hari jer aku nak balik.hehe bestt dpt jumpa ummi ,along,abg ngah dan nuriy..semoga apa yang aku hajatkan untuk anak2 aku semua dipermudahkan oleh Allah swt tuan punya dunia yang fana nih.

Aku kongsikan sedikit pengertian Aqiqah yg aku ambil dr Sumber Jabatan Agama Islam Melaka untuk sama2 kita memahami kenapa kita perlu buat Aqiqah..

PENGERTIAN ‘AQIQAH

‘Aqiqah ialah sembelihan binatang an‘am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah subhanahu wata‘ala.
HUKUM MELAKUKAN ‘AQIQAH

Hukum melakukan ‘aqiqah ialah sunnah mu’akkadah bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.
WAKTU PELAKSANAAN ‘AQIQAH

Waktu melakukan ‘aqiqah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdhal untuk melakukan ‘aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak tersebut.


Sabda Rasullullah sallallahu ‘alayhi wasallam:
كُلُّ غُلاَمٍ رَهِيْنَةٌ بِعَقِيْقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ , وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى .

Maksudnya:
"Setiap bayi itu tergadai dengan ‘aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."
(Riwayat Abu Daud)

SYARAT ‘AQIQAH

Berniat ‘aqiqah ketika menyembelih.


Hendaklah binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya serta sampai umur.
PERKARA SUNAT SEMASA ‘AQIQAH

Berdoa semasa hendak menyembelih:


بِسْمِ اللهِ ، اَللهُ أَكْبَرُ ، اَللَّهُمَّ هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ عَقِيْقَةٌ ... (sebut nama anak)
Maksudnya:
"Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini ‘aqiqah…".


Menyembelih ketika matahari sedang naik.


Daging ‘aqiqah dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan.


Tidak mematah-matahkan tulang-tulang daripada binatang ‘aqiqah, hanya mencerai-ceraikan sendi-sendinya.


Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.


Memasak daging ‘aqiqah dengan cara gulai manis untuk dihidangkan kepada tetamu.


PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KETIKA MENYAMBUT KELAHIRAN ANAK

Mengazankan di telinga sebelah kanan anak yang baru lahir.


Membaca iqamah di telinga sebelah kirinya.


Membaca doa di kedua-dua belah telinganya, contohnya membaca surah Al-Ikhlas.


Menyapu lelangit kanak-kanak tersebut dengan benda-benda yang manis seperti buah tamar atau pisang.


Menamakan kanak-kanak tersebut dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kelahirannya.


Mengadakan jamuan dan doa kesyukuran sempena kelahirannya.


Mencukur rambut kanak-kanak tersebut selepas menyembelih ‘aqiqah untuknya.


Memberi sedekah emas atau perak seberat rambut kanak-kanak yang dicukur itu atau wang yang sama nilai dengan emas atau perak tersebut.

Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.


HIKMAH ‘AQIQAH

‘Aqiqah mengandungi beberapa hikmah, antaranya:
Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan.
Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak.
Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.

InsyaALLAH semoga semua berjalan dgn lancar jumaat nih...hehe bestnya..

Sunday, September 11, 2011

Kisah budak penjual kuih

Kisah ni aku baca masa lepas solat asar di Masjid Cahaya Iman Bandar Country Homes...sungguh menyentuh hati dan hampir mengalirkan air mata aku sewaktu dlm kereta aku pada waktu tu...sama2 kita ambil renungan..

Cerita asal dari Syahirul.com dan aku share dari cikgu sek rendah aku Cikgu Masitah..

.by syahirul.com on Monday, 22 August 2011 at 08:37.Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.



"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.


"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

Email dari hamba Allah :)

Saturday, September 10, 2011

sign snp

alhamdulilahhhh dah sign snp....selesai satuy lagi part dlm urusan umah baruu dennn...
tadi adik ipar wa dtg antar brg kete dia yg nak kena cari kat sini..huhu kena cuba dptkan...rindu gua kat anak dan ummi....

Thursday, September 8, 2011

Roti Canai Sejukkk...

Huhu..apa kes?? hmm aku malas nak keluar pas balik keje..so makan jer roti canai yang aku beli hari isnin hari tuh..hahaha..alaaa aku masuk microwave so dah panas balik..sedap wooo..Tadi honey call tanya pasal majlis akikah anak aku yang aku nak bt minggu depan..hmmm proceddd jer laa..Rindu weii aku kat bini dgn anak2 aku..haha rase cam nak balik jer amik diaorg semua..Sabarr..hari ni gold punyer rege 1Dinar 812..hmmm makin stabil dan mengukuh harga emas.
Insya Allah pas selesai  semua urusan rumah baru aku tuh aku akan invest lagik dlm emas....Hartanah juga insyaAllah apartment kedua jika ada rezeki tahun depan..yang pasti below 30% - 20% dr MV.
  Tadi AE ckp pasal overbought hmm apa maksudnyer? hmm kena carik ler maksudnya..tapi aku rase aku faham cuma nak kena lagi detail.Takper sloww2 insyaAllah..

Tuesday, September 6, 2011

gold investment account

hmmm...hari ni berjaya bukak acc. gold investment dkt mbb rawang..beli x banyak dlm 3 gm jer ..tu pun rege 188.33 per gm..so kali ler 3..kena stmp duti lagik 10 hengget..x per laa..ini semua cabang 2 pelaburan yang telah aku rancangkan.Selain emas fizikal yang aku beli dan ASB yang aku ada..insyaAllah ini semua untuk masa depan.aku bercadang nak beli setiap bulan satu gm mulai bulan depan untuk emas account dgn mbb nih..insyaAllah moga berjaya dan dipermudahkan. aminnnnnnn

sunyi....

  bila ada rase biasa ajer..bila x ada sunyiii itulah anak2 dan isteri yang aku sayangi..hmmm dah seminggu berlalu raya 2011..dah 2 minggu juga aku duduk rumah sorang2..memang sunyi.Rindu pada anak2 dan isteri .Semalam pergi daftarkan kelahiran anak aku yang lahir satu hari sebelum raya..alhamdulilah ummi sihat dan baby juga sihat..aku namakan anak yang ke 3 nih nury nazihah hmm ok la..aku yang pilih ke 3 3 nama anak aku..hari nih x sihat demam lah pulak so x kejer..malassss betul.
   Tadi adik dtg nak setelkan loan umah dia ..alhamdulilah aku ambil kesempatan pergi tgk rumah yang aku beli jugak...ketuk2 pintu ada plak tenant tu so dpt la aku masuk rumah tu...furr best siot angin kuat dari koridor umah baru aku tuh...memang terbaikkk...aku x menyesal la beli umah nih..dah la murah 55k bro..maner nak dpt rumah 800sqt dgn ada kolam renang ,gated,covered parking...alhamdulilah rezeki...aku tanya office pengurusan banggunan diaorg ckp sewa pun dlm 450 ke 500..wowowwo...dah cukup dah nak bayar sewa dgn maintenance..semuanya syukur alhamdulilah.
  Masa submit loan banker cakap value dia dlm 80k...so bertuah sgt rasenya...below market price..best,best...:-)..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails

Click If You Support..TQ